Terma & Syarat kepada
bakal tetamu Humairah Homestay .
assalamualaikum warga penghuni humairah homestay yang dirahmati
Allah. Di sini saya titipkan beberapa syarat yang perlu dipatuhi.
Anda perlu bersetuju dengan semua terma dan syarat sebelum anda meneruskan tempahan homestay.
Anda perlu bersetuju dengan semua terma dan syarat sebelum anda meneruskan tempahan homestay.
1. Tetamu hendaklah terdiri daripada keluarga
yang beragama Islam sahaja.
2. Minima tempahan 3H2M. Harga bukan Pakej ( Rmh = 250/Malam. Avanza 150/hari )
3. Maksima ahli keluarga / tetamu hendaklah
tidak melebihi 7 orang
4. Tetamu melebihi 7 orang terkeluar dari harga pakej. Sebarang bentuk penipuan tidak diserahkan kunci sewaktu Check in dan Wang tidak dipulangkan.
5. Deposit tempahan sekurang-kurangnya RM 100 ke dalam akaun pemilik Homestay. Bayaran ini tidak akan dikembalikan. sekiranya Anda gagal berkunjung pada tarikh yang telah ditempah / dijanjikan, .
6. Bayaran baki hendaklah dijelaskan
sepenuhnya ketika check-in.
7. Masa check-in ialah jam 3.00 Ptg dan masa
check-out ialah jam 12.00 tengahari. Charge tambahan akan dikenakan untuk
check-out lewat / jam. 1 Jam=Rm10.00 (Bergantung kepada ada atau tidaknya tetamu yang akan
check-in seterusnya pada hari yang sama)
8. Tetamu hanyalah disediakan satu sahaja free
parking - satu rumah satu parking. Jika ada kenderaan yang selebihnya,
hendaklah diletakkan diluar kawasan pagar.
Tempahan
yang tidak disertai dengan bayaran akan dimasukkan dalam senarai Pending. Pending menyebabkan
tempahan anda mungkin diambil oleh tetamu lain
1. Jika tiada penyewa lain yang
menginap, anda dibenarkan keluar lewat dari masa yang ditetapkan. Jika anda check-out selepas pukul 6.00
petang, bayaran PENUH akan dikenakan. Jika terdapat
perubahan waktu check-in / check out, sila maklumkan kepada kami sehari awal
sebelum kedatangan anda.
2. Untuk mengelak kesulitan, sila semak
tarikh anda menyewa homestay
3. Sekiranya tempahan dibatalkan 14 hari
sebelum tarikh check in, kami tidak akan memulangkan deposit anda. Ini kerana bila anda membatalkan
penginapan anda, pihak kami akan menanggung kerugian kerana telah menolak
permohonan penyewa lain yang ingin menginap pada tarikh tersebut. Jadi
sebelum anda membuat tempahan pastikan anda benar-benar ingin menginap pada
tarikh yang anda tempah.
4. Anda bertanggungjawab menjaga
keselamatan rumah dan barang-barang yang disediakan dalam homestay semasa anda
menginap disini. Jika anda keluar meninggalkan rumah atau tidur di waktu
siang/malam pastikan anda telah menutup dan mengunci pintu, tingkap dan pintu
pagar.
5. Semua suis elektrik hendaklah dipadam
selepas digunakan. Penghuni diwajibkan menutup semua suis termasuk suis kipas /
lampu /aircond apabila meninggalkan rumah. Sekiranya ini tidak dilakukan,
Anda wajib membenarkan pihak pengurusan mematikan semua suis dengan memasuki
penginapan tersebut.
6. Tetamu yang menginap di sini tidak
dibenarkan dengan sengaja merosak atau mencuri barangan dan peralatan yang
disediakan di dalam homestay ini. Jika berlaku kecurian atau kerosakan pihak
pengurusan berhak menuntut bayaran ganti rugi atau melaporkan kecurian kepada
pihak polis.
7. Tidak dibenarkan membawa keluar
barang-barang yang terdapat di dalam rumah tanpa kebenaran pihak pengurusan homestay
ini.
8. Sila buang semua bungkusan makanan yang
tidak digunakan ke dalam tong sampah yang disediakan.
9. Bagi tujuan keselamatan merokok adalah
di larang di dalam rumah.
10. Tidak dibenarkan membawa binatang
peliharaan.
11. Tidak dibenarkan membuat bising hingga
menganggu ketenteraman jiran-jiran berdekatan. Sila jaga tatasusila di dalam
dan di luar rumah agar tidak mengganggu penghuni lain.
12. Pastikan semua barang dan peralatan
diletakan di tempat asal sebelum anda check-out.
Pihak Pengurusan
HUMAIRAH Homestay
0125067437/0192757437
No comments:
Post a Comment