Assalamualaikum..
Untuk anda yang menyewa kenderaan Humairah Homestay, Humairah Homestay menyewa kenderaan dengan harga yang murah berbanding dengan yang lain.
Bukan perniagaan ini dijalankan untuk mengambil kesempatan kepada pelancong yang bercuti ke langkawi.
tetapi untuk membantu sesiapa yang nak bercuti kerana rata-rata bertanya mengenai kenderaan.
Jadi, Humairah Homestay mengambil tindakan dengan mengeluarkan sebuah lagi kereta untuk penginap Humairah Homestay menggunakannya dengan bayaran yang murah berbanding menyewa di jetty atau di Airport.
Humairah Homestay tidak memaksa penginap menyewa kenderaan Humairah Homestay. Jika ingin dapatkan sendiri di jetty atau di Airport tidak menjadi masalah.
Harapan Humairah Homestay kepada pengguna supaya guna kenderaan Humairah dengan cermat.
Apabila memadu di Jalan Raya khususnya di Langkawi, perlu lebih berhati2 kerana pelancung yang bercuti di sini memandu seolah2 macam di Negara mereka.
Banyak kemalangan berlaku di Langkawi ini, rata-rata dengan pelancung dari Negara China yang menyewa kenderaan kerana di Negara mereka mungkin memandu sebelah kanan.
Pernah kenderaan Humairah Homestay terlibat sama. Alhamdulillah cuma sedikit sahaja. Jadi harapan dari Humairah Homestay samada yang menyewa kenderaan Humairah Homestay ataupun menyewa dari luar supaya lebih berhati2 kerana tidak mahu keseronokan semasa percutian yang kita cari berubah menjadi mimpi ngeri.
No comments:
Post a Comment